Tuesday, February 14, 2012

Jom ber Unifi !

Unifi Unifi..semua orang cakap pasal Unifi sekarang ni kan?

Masih teragak-agak nak subscribe Unifi? Memula dulu kami pon macam teragak-agak sebabnya harga Unifi dengan Streamyx ni jauh le jugak bezanya. Amboi so money-matters concern. Tapi dah lepas guna sejak bulan Aug 2011 rasanya mmg berbaloi-baloi...banyak kegunaannya.

Pakej Unifi yang kami amik VIP 5. VIP tu bermaksud:

Video+Internet+Phone=VIP=Very Important Person
Gambar ihsan dr website UNIFI

Apa yang saya suka tentang UNIFI ni adalah:

1) Tengok youtube dah tak tersentap2..senang btol nak tengok‘how-to’ video like baking, frosting cake, making macaroon etc. Mmg majoriti video baking jer..baking eating baking eating

2) Senang nak tengok online drama / movie specifically Korean drama. Dah tak payah nakdownload , online streaming saje.Contoh website uang uols boleh tengok movie is maaduu.com dan viki.com. Fuhh dah ada ni mmg tak perlu subscribe TV satelit yg berbayor.Waktu hujan tak terganggu langsung. Dah tak pergi panggung wayang. Senang btol nak control wayang on-click sebabnya kita ni sket2 nak stop kejap nak buat urusan rumahtangga ie masak, angkat baju, sapu sampah. Senang betul la.
psst:- citer korea terkini yg mmg best sgt " Moon embracing the sun" owhh so sweettt kesah chenta king itew

3) Senang nak upload gambar. Bole upload a batch of pictures.Dulu masa guna Streamyx upload gambo sket-sket huhu dan agak slow.

4) Panggilan ke talian tetap TM FREE. Jadinya, sekarang ni kami banyak guna talian tetap je bila nak berhubung dengan emak. Anak-anak pon senang nak contact uwannya. Ada je benda tak puashati, dial Uwan

5) Upload/download sungguh pantas. Dulu masa guna Streamyx nak upload photobook punylah berchenta, but now with Unifi kat umah je dah beres dgn jayanya, less than 15 min youuu

6) Ada rancangan TV tambahan ie Australian Network, Travel et. Cuma rancangannya ulang-ulang aje..

7) Ada Video-On-Demand ( VOD). Setakat ni kami dah penah tengok few movies je ie Transformers etc, all movies for kids. Tapi leh tgk dalam masa 24 jam shj.

8) Interaktif program . Contohnya ada games, info trafik LLM, waktu solat etc. Cuma games agak limited. Mus'ab komen " mama, tade pon games Cars & Mario! " . Haa eloklah tade, korang boleh main komputer. Tak ganggu TV mama ehehe

9) Gambar kat TV jadi cantik sket as compared kalau tak pasang Unifi. Apa taknyer malas nak panjat bumbung nak sangkut arial TV tinggi2.

Free channel

Premium channel yg berbayor. Tapi FREE masa bulan pertama subscribe. So pulun habis-habisan yer new subscribers

Game ni Mawaddah main terror gak. Mus'ab try, tapi sebab tak teror die kata 'tak best'

Kelajuan Unifi ku....VIP 5 is 5Mbps, tapi dapat speed download 4.8Mbps.. berdesup tgk movie he3

Info lain yg mungkin berguna buat anda:

1) Unifi online bill & online portal
Unifi ni totally online bil yer. Boleh masuk link disini. Semestinya anda perlu mendaftar dahulu ok. Dalam online portal tu macam-macam boleh buat gak macam: nak mohon pindah perkhidmatan, semak TMrewards points, upgrade package, tambah VAS ( Value Added Services) ie IPTV add-on channel etc

2) Nak mendaftar Unifi boleh ke TM Point berdekatan. Tapi sebelum tu baiklah semak dulu kawasan anda dapat ada servis Unifi atau tak, check it out here.

Cadangan untuk Unifi improve further:

1) Internet Browser terus interface dalam Unifi. So, bila nak tengok movie online, tak perlu nak attach komputer/lappy to TV. Lepas tu yg lagi cantek kalau Unifi dan boleh setkan favorite movie URL so that bila kita ON je UNifi & TV, terus je klik URL tersebut. Pendek kata kalau ada browser , macam2 boleh buat ie facebook, online shopping etc..perghh mudah jadinya

2) Rancangan IPTV yang free patut di pelbagaikan. Takpon, ada bulan2 tertentu derang buat free selected IPTV program. Ish ish..asik nak free je kan kite ni?

Apa saja maklumat berkenaan dengan Unifi, bolehla melayari website UNIFI.

So, apa tunggu lagi? Jom berUnifi

No comments:

Post a Comment